Monday, November 28, 2022

Teknologi dalam Pendidikan

Assalamualaikum, apa khabar semua? Semoga semuanya sihat dan baik-baik saja😊😃

Dalam blog kali ini saya ingin berkongsi salah satu topik yang telah saya belajar daripada Dr Zamzami Zainuddin di dalam kelas PQ16004 pada 23 November yang lalu iaitu berkaitan “kenapa para pelajar memerlukan teknologi dalam pembelajaran?” Sebelum ini mungkin kita hanya tahu menggunakan teknologi kan tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan teknologi? Haa mari nak cerita sikit apa itu teknologi.

Teknologi ialah penerapan ilmu pengetahuan untuk tujuan praktis dalam kehidupan manusia.

Menurut Clayton, teknologi dalam pendidikan pula bukan semata mata sekadar alat tetapi ia juga merujuk kepada strategi pembelajaran, strategi pengajaran, pedagogi, teori pembelajaran dan idea yang bertujuan untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Kenapa para pelajar memerlukan teknologi dalam pembelajaran?

  • Membantu menghubungkan pelajar dengan dunia luar.
  • Membantu pelajar sebagai persediaan untuk ke alam pekerjaan.
  • Membantu mendapatkan maklumat dengan cepat.
  • Mengajar pelajar bagaimana untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam maya.
  • Menjadikan pembelajaran lebih seronok.
  • Membolehkan pembelajaran dilakukan secara kendiri.

Adakah teknologi akan menggantikan peranan pendidik dalam dunia pendidikan?

Teknologi tidak akan menggantikan guru tetapi guru akan digantikan dengan guru lain yang pakar dalam teknologi.



No comments:

Post a Comment

PERLAKSANAAN PLICKERS BERSAMA RAKAN-RAKAN _last class_

Assalamualaikum semuaaa.. semoga berada dalam keadaan baik semuanyaa😊😘 Perasaan saya pada kelas kali ini bercampur baur dan tak boleh nak ...