Monday, January 30, 2023

Perkongsian Sepanjang Menjalankan Pengalaman Sekolah

  

Assalamualaikum dan hai semuaa😍😃 Blog kali ini adalah sedikit perkongsian berkenaan pengalamanku selama seminggu menjalankan pengalaman sekolah di SMK Taman Sea Petaling Jaya ataupun dulu terkenal dengan panggilan ROS dalam kalangan guru. Semoga anda semua enjoy dengan pembacaan kali ini😊😘

Friday, January 27, 2023

Kelas Secara Atas Talian (Perbincangan Kumpulan)


Pada 28 Desember 2022, kelas kami dijalankan secara atas talian. Kami diberi arahan untuk melakukan perbincangan secara berkumpulan berkenaan 4 topik utama yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu flipped classroom, project-based learning, problem-based learning dan inquiry-basd learning. Perbincangan dilakukan melalui aplikasi google meet. Maklumat serta isi berkenaan topik diisi ke dalam slide power point yang telah disediakan oleh Dr Zamzami. Slide yang telah lengkap diisi dihantar ke email Dr Zamzami untuk semakan. berikut saya sertakan lampiran tugasan secara atas talian untuk rujukan bersama. semoga mendapat manfaat olehNya InshaAllah.




Bergambar Bersama Ahli Kumpulan






Pembentangan Kumpulan Berkenaan "Aktiviti Selama 60 minit" Yang Telah Dirangka

Pada 21 Disember 2022 di dalam kelas PQ16004 Aplikasi Pembangunan dan Penilaian, Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran, kumpulan kami telah melakukan pembentangan aktiviti pengajaran yang telah dirangka pada minggu sebelumnya melalui slide yang telah kami sediakan iaitu berkenaan tajuk Riwayat tokoh sahabat Rasulullah SAW bab Sirah dalam buku teks tingkatan 3. Di akhir pembentangan kami menyediakan aktiviti game kahoot untuk dijawab bersama rakan sekelas berkenaan topik yang dipilih sebagai aktiviti pengukuhan. Berikut merupakan slide yang telah disediakan oleh kumpulan kami.




Slide Pembentangan




Merancang “aktiviti pengajaran 60 minit” di dalam kelas

 

Pada 14 Disember 2022, kami ditugaskan untuk merangka aktiviti pengajaran di dalam kelas bersama ahli kumpulan masing-masing. Saya dan ahli kumpulan yang lain iaitu Delsie Ivy, Rouzline, Afiqah dan Fatin telah bersepakat memilih tajuk sirah iaitu tokoh sahabat Rasulullah yang terkandung dalam buku teks Pendidikan Islam. Objektif yang ingin dicapai pada akhir pembelajaran ialah pelajar dapat menyatakan secara ringkas berkaitan Riwayat hidup tokoh sahabat Rasulullah SAW.

    Aktiviti pertama dimulakan dengan set induksi selama 5 minit iaitu guru membuat interaksi dua hala dengan bertanya kepada pelajar siapakah tokoh atau idola dalam kehidupan mereka. Guru menayangkan video berkenaan tokoh yang akan dipelajari di skrin.

    Seterusnya langkah pertama adalah guru menjelaskan topik yang akan dipelajari menggunakan kemudahan alat bantu mengajar slaid dan power point. Langkah kedua diteruskan dengan pembahagian pelajar kepada beberapa kumpulan seterusnya guru memberikan penerangan berkenaan aktiviti yang akan dilakukan. Setiap kumpulan pelajar diberi masa untuk melakukan perbincangan mengenai tokoh-tokoh yang telah ditetapkan oleh guru. Langkah 3 diteruskan dengan pembentangan hasil perbincangan oleh setiap kumpulan.

Akhir sekali aktiviti pengukuhan selama 10 minit dilakukan menggunakan soalan kuiz yang disediakan oleh guru melalui aplikasi Quizizz.  Aktiviti penilaian yang sesuai dan menarik sangat penting dalam memastikan murid terus bersemangat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Seterusnya untuk 5 minit terakhir, guru memberi rumusan di akhir sesi pembelajaran dalam memastikan para pelajar dapat memahami tajuk yang dipelajari.



BERGAMBAR BERSAMA AHLI KUMPULAN




Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

 

Assalamualaikum dan hai semua😍😍

Semoga berada dalam keadaan baik semuanya. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada pembacaan blog kali ini. Hari ini saya ingin berkongsi contoh rancangan pengajaran harian (RPH) yang mana ia sangat penting dan perlu disediakan oleh para guru sebelum memulakan sesi pengajaran. Sebelum itu kita perlu tahu mengapa RPH ini sangat penting dannnn ia menjadi satu kesalahan besar serta boleh didenda sekiranya guru gagal menyediakan rph sebelum sesi pdp bermula.

Antara kepentingan RPH bagi sesi pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:

  •        Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
  •        Memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
  •         Mengelakkan sebarang penyelewengan berkenaan perkara yang hendak diajar.









PERLAKSANAAN PLICKERS BERSAMA RAKAN-RAKAN _last class_

Assalamualaikum semuaaa.. semoga berada dalam keadaan baik semuanyaa😊😘 Perasaan saya pada kelas kali ini bercampur baur dan tak boleh nak ...