Pada 14 Disember 2022, kami ditugaskan untuk merangka aktiviti pengajaran di dalam kelas bersama ahli kumpulan masing-masing. Saya dan ahli kumpulan yang lain iaitu Delsie Ivy, Rouzline, Afiqah dan Fatin telah bersepakat memilih tajuk sirah iaitu tokoh sahabat Rasulullah yang terkandung dalam buku teks Pendidikan Islam. Objektif yang ingin dicapai pada akhir pembelajaran ialah pelajar dapat menyatakan secara ringkas berkaitan Riwayat hidup tokoh sahabat Rasulullah SAW.
Aktiviti pertama dimulakan dengan set induksi selama 5 minit iaitu guru membuat interaksi dua hala dengan bertanya kepada pelajar siapakah tokoh atau idola dalam kehidupan mereka. Guru menayangkan video berkenaan tokoh yang akan dipelajari di skrin.
Seterusnya langkah pertama adalah
guru menjelaskan topik yang akan dipelajari menggunakan kemudahan alat bantu
mengajar slaid dan power point. Langkah kedua diteruskan dengan pembahagian
pelajar kepada beberapa kumpulan seterusnya guru memberikan penerangan
berkenaan aktiviti yang akan dilakukan. Setiap kumpulan pelajar diberi masa
untuk melakukan perbincangan mengenai tokoh-tokoh yang telah ditetapkan oleh
guru. Langkah 3 diteruskan dengan pembentangan hasil perbincangan oleh setiap
kumpulan.
Akhir sekali aktiviti pengukuhan
selama 10 minit dilakukan menggunakan soalan kuiz yang disediakan oleh guru
melalui aplikasi Quizizz. Aktiviti
penilaian yang sesuai dan menarik sangat penting dalam memastikan murid terus bersemangat
untuk meneruskan sesi pembelajaran. Seterusnya untuk 5 minit terakhir, guru
memberi rumusan di akhir sesi pembelajaran dalam memastikan para pelajar dapat
memahami tajuk yang dipelajari.


No comments:
Post a Comment