Monday, November 28, 2022

Teknologi dalam Pendidikan

Assalamualaikum, apa khabar semua? Semoga semuanya sihat dan baik-baik saja😊😃

Dalam blog kali ini saya ingin berkongsi salah satu topik yang telah saya belajar daripada Dr Zamzami Zainuddin di dalam kelas PQ16004 pada 23 November yang lalu iaitu berkaitan “kenapa para pelajar memerlukan teknologi dalam pembelajaran?” Sebelum ini mungkin kita hanya tahu menggunakan teknologi kan tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan teknologi? Haa mari nak cerita sikit apa itu teknologi.

Teknologi ialah penerapan ilmu pengetahuan untuk tujuan praktis dalam kehidupan manusia.

Menurut Clayton, teknologi dalam pendidikan pula bukan semata mata sekadar alat tetapi ia juga merujuk kepada strategi pembelajaran, strategi pengajaran, pedagogi, teori pembelajaran dan idea yang bertujuan untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Kenapa para pelajar memerlukan teknologi dalam pembelajaran?

  • Membantu menghubungkan pelajar dengan dunia luar.
  • Membantu pelajar sebagai persediaan untuk ke alam pekerjaan.
  • Membantu mendapatkan maklumat dengan cepat.
  • Mengajar pelajar bagaimana untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam maya.
  • Menjadikan pembelajaran lebih seronok.
  • Membolehkan pembelajaran dilakukan secara kendiri.

Adakah teknologi akan menggantikan peranan pendidik dalam dunia pendidikan?

Teknologi tidak akan menggantikan guru tetapi guru akan digantikan dengan guru lain yang pakar dalam teknologi.



Tuesday, November 1, 2022

Contoh Objektif Pembelajaran mengikut Taksonomi Bloom

Assalamualaikum wbt, 

Hari ini bertarikh 11 November 2022 saya berpeluang mempelajari cara untuk membuat objektif pembelajaran mengikut Taksonomi Bloom. Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran dan ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Melalui pembelajaran hari ini maka terhasillah objektif pembelajaran mengikut level-level dalam Taksonami Bloom seperti yang diajar oleh Dr Zamzami di dalam kelas PQ16004 Aplikasi Reka Bentuk & Pembangunan. Di sini saya sertakan contoh objektif pembelajaran untuk subjek Pendidikan Islam.

PERLAKSANAAN PLICKERS BERSAMA RAKAN-RAKAN _last class_

Assalamualaikum semuaaa.. semoga berada dalam keadaan baik semuanyaa😊😘 Perasaan saya pada kelas kali ini bercampur baur dan tak boleh nak ...