Thursday, February 9, 2023

APA ITU PLICKERS?

ASSALAMUALAIKUM AND HAI EVERYONE😍 

Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan satu aplikasi yang sangat menarik untuk digunakan bersama para pelajar di sekolah..haa aplikasi apaa tu? mesti ramai yang nak tahu kan😀saya akan share berkenaan aplikasi plickers!

Apa itu plickers?

Pada 11 Januari 2023, pensyarah kami iaitu Dr Zamzami menerangkan berkenaan satu aplikasi yang boleh digunakan untuk menilai pencapaian pelajar tanpa mereka menggunakan peranti seperti telefon pintar ataupun internet. Para pelajar boleh menjalankan aktiviti penilaian hanya dengan memegang sehelai kertas yang mempunyai kod masing-masing. Aktiviti penilaian menggunakan aplikasi ini sangat sesuai digunakan untuk pelajar di sekolah.

Bagaimana ingin menggunakan aplikasi plickers?

Pertama sekali anda perlu sediakan kad plickers untuk setiap murid dan ia boleh didapati secara percuma melalui laman web www.plickers.com. Setiap pelajar akan dapat kad yang berbeza dan masing-masing akan menunjukkan jawapan menggunakan kad tadi kepada guru setelah soalan dipaparkan di skrin. Guru akan scan setiap jawapan murid iaitu kad plickers yang dipamerkan oleh murid menggunakan telefon pintar untuk mengetahui jawapan yang betul dan salah. Jawapan pelajar akan dikongsikan di skrin untuk dibincangkan bersama. Begitulah serba sedikit berkaitan aplikasi plickers. Dr Zam ada kongsikan kepada kami cara-cara untuk bangunkan aplikasi plickers dengan mudah melalui video youtube ini:  https://www.youtube.com/watch?v=9nPcQQongo4. Korang semua boleh tengok video tersebut untuk penerangan yang lebih jelas tentang bagaimana untuk apply plickers dalam PdP bersama pelajar.

Kenapa aplikasi plickers menjadi pilihan para guru?😎

  • Pelajar tidak memerlukan kepada alat peranti iaitu hanya memerlukan kad plickers sahaja.
  • Aplikasi percuma.
  • Penilaian terpantas dan menyeronokkan.
  • Mudah disediakan dan sangat interaktif.

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA… TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KE BLOG SAYA KALI INI😘😍

Penerangan daripada Dr Zam berkenaan plickers

Tontonan video berkenaan cara-cara menggunakan plickers




No comments:

Post a Comment

PERLAKSANAAN PLICKERS BERSAMA RAKAN-RAKAN _last class_

Assalamualaikum semuaaa.. semoga berada dalam keadaan baik semuanyaa😊😘 Perasaan saya pada kelas kali ini bercampur baur dan tak boleh nak ...