Assalamualaikum semuaaa.. semoga berada dalam keadaan baik semuanyaa😊😘 Perasaan saya pada kelas kali ini bercampur baur dan tak boleh nak ungkapkan dengan kata-kata kerana ia merupakan kelas terakhir kami untuk kursus ini😿 Semoga anda semua enjoy dengan pembacaan blog kali ini huhuu.
Pada kelas kali ini saya dan ahli kumpulan yang lain membuat pembentangan menggunakan aplikasi plickers yang telah diterangkan oleh pensyarah kami pada kelas sebelum ini. Kami bersepakat memilih 10 soalan secara random untuk menilai rakan-rakan yang lain menggunakan aplikasi ini. Masing-masing teruja menggunakan aplikasi plickers kerana ia merupakan pengalaman pertama kami menggunakan aplikasi ini. Aplikasi plickers sangat senang untuk digunakan oleh guru dalam membuat penilaian terhadap pelajar-pelajar mereka kerana ia tidak memerlukan kepada peranti lain kecuali kad plickers yang telah disediakan oleh guru. Aplikasi ini mampu menarik minat pelajar serta dapat melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas kerana ia melibatkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar dalam memastikan aktiviti penilaian ini berjalan dengan lancar. Guru perlu memberi pendedahan awal bagaimana cara menggunakan kad plickers dengan betul mengikut simbol yang ada pada kad tersebut untuk pelajar menjawab setiap soalan yang diberi. Aplikasi ini amat mudah dan senang jadi saya pasti akan cuba apply penggunaannya bersama para pelajar jika diberi peluang untuk menjadi seorang guru suatu hari nanti… Kamu semua pun apa tunggu lagi...jom sama2 kita manfaatkan aplikasi yang free dan mudah ini🥰
![]() |
| Gambar bersama ahli kumpulan😍 |
![]() |
| Hasil pembentangan plickers bersama rakan-rakan |






.png)









